* gambar atas adalah sumber dari google*
Bagi setiap rekaan yang melibatkan pemotongan kain membuat 360° atau separuh bulat 180°.. terdapat formula kiraan yang perlu anda hafal.
Dengan kiraan ini kita tidak akan membazir kain dan bulatan tepat dengan saiz ukuran contoh: pinggang, peha atau lutut (bergantung jenis fesyen yang kita nk buat)
Jika mahu buat peplum, kiraan pinggang perlu diketahui untuk mendapatkan ukuran JEJARI BULATAN pada pola. Jejari ni nanti,kita potong. Akan dapat ukuran sama dengan ukuran pada badan baju.
Begitu juga kain duyung ni. Saya rajah pola skirt bahagian atas seperti biasa, tapi saya nk bawah peha tu beralun alun kembangnya besar. Saya jenis brutal, jalan bukan jenis kepit kepit kaki.
1- Ok.. selesai jahit atas skirt, sy ukur kiraannya = 40″
2- Guna 2 meter kain yang sama lerang 45` saya buat pola semi bulatan seperti gambar.
3- PENTING!! Sila hafal formula ini
P= 2πj
P= bulatan @ ukur lilit pinggang @ ukur lilit peha @ ukur lilit lutut
π (pi) = 3.142
j= jejari
*ini mmg formula add math utk pelajaran bulatan!
4-Kita nak potong kain cantum pinggang. Nnti jahit kain ngam² padan kan.. so, jejari keliling bulatan mesti tepat. Maka,
j=p
2π
5-dah boleh potong pola.. dan potong kain…
Selamat,mencuba.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar